Wednesday, March 31, 2010

Monday, March 29, 2010

Sepetang Bersama Muslimat

28/3/2010, Seksyen 28: Dewan Muslimat telah berjaya mengadakan HiTea "Seikhlas Senyuman Setulus Perjuangan" dengan jayanya. Majlis pada kali ini telah dihadiri oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja, YB Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda, Cikgu Jaafar YDP PAS Kota Raja, En Norhalim TYDP dan NYDP Hj Tarmizi. Program yang berkonsep santai telah dihadiri seramai hampir 200 tetamu memenuhi ruangan dewan bagi bersama-sama mendengar pengisian yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Ahmad Dasuki. Turut hadir bersama dalam program ini rakan-rakan dari Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS. Antara isi kandungan yang sangat berharga kepada tetamu yang hadir ialah 8 Cabaran bagi Umat Islam yang dinyatakan dalam Al Quran bagi memartabatkan agama Allah dimuka bumi ini iaitu :

1) Ibubapa
2) Anak-anak
3) Adik beradik
4) Pasangan Hidup
5) Jiran tetangga
6) Harta Benda
7) Perniagaan
8) Rumahtangga

Ucapan YB Dr Siti Mariah Mahmud

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Muslimat

Antara tetamu yang hadir

Meja VVIP






Friday, March 26, 2010

Takziah Buat Datuk Dr Zainal Abidin


Dewan Muslimat PAS Kota Raja mengucapkan Takziah kepada keluarga Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad Ahli Parlimen Hulu Selangor yang telah kembali kerahmatullah malam tadi. Kami mengharapkan keluarga almarhum khususnya Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan anak bersabar dengan ketentuan ini. Kami mendoakan almarhum dicucuri rahmat.Al-Fatihah


Wednesday, March 24, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Fakta Cuba Diselewang

Keratan Akhbar UMngoK berkenaan Royalti Minyak Kelantan 27 Tahun dahulu..Presiden Umngok tolong jelaskan..
















Tuesday, March 16, 2010

Mukjizat di Sebalik Bismillah


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Thursday, March 11, 2010

MB: Selangor Selepas 2 Tahun

Syukur Alhamdulillah, kerana kita dapat sama-sama hadir di “Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat” anjuran Cabang Selayang sempena dua tahun kita menerajui Kerajaan Negeri Selangor. Saya dan isteri mengucapkan terima kasih dan syabas kepada PKR Cabang Selayang kerana terus berusaha menggerakkan Parti yang melibatkan semua bangsa, bertepatan dengan dasar parti yang mengutamakan rakyat Malaysia berbilang bangsa. Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang Berbahagia;
(2) Pada 8 Mac 2010, genap dua tahun kita mentadbir urus negeri Selangor. Sejak Jun 2008, banyak program, skim dan insentif melalui agenda ”Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES), yang kita berikan secara berperingkat kepada golongan rakyat berbilang kaum dari usia bayi ke usia emas.
(3) Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM56 juta bagi pelaksanaan program-program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) fasa 1, yang meliputi: Pertama, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Pada tahun 2009, seramai 11,858 orang bayi yang lahir sejak Januari 2008 di negeri Selangor menerima RM100 setiap seorang untuk program tersebut, yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM13.5juta.
(4) Kedua, Program Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua meter individu. Bantuan ini ternyata dapat membantu mengurangi beban kewangan rakyat sebanyak RM10.40 setiap bulan. Kerajaan Negeri membelanjakan RM9.8 juta sebulan untuk tujuan ini. Oleh itu, saya menyeru agar rakyat Selangor menghargai dan menggunakan air dengan cermat di rumah dan pejabat.
(5) Ketiga, Program Hadiah Anak Masuk Universiti, iaitu bantuan wang tunai RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bantuan ini bagi membantu ibu bapa miskin menampung keperluan kewangan bagi anak mendaftar di IPT tersebut.
(6) Keempat, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi membantu mengurangi beban kewangan waris warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Selangor. Sebanyak RM2,500 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kepada setiap orang yang mendaftar dan layak menerima bantuan. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri membelanjakan RM21.6j dan disampaikan kepada 9,778 waris. Kad keahlian pelbagai guna pula diberikan kepada dua golongan ini untuk mendapatkan kemudahan manfaat kesihatan, makanan dan diskaun tertentu.
(7) Kelima, Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral. Peningkatan pendapatan daripada sumber alam ini, seperti pasir, dapat disalurkan semula kepada seluruh rakyat Selangor yang memerlukan pembelaan dan bantuan kewangan.
(8) Keenam, program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC). Sebanyak enam pusat ditubuhkan di enam hospital di seluruh Selangor bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan rawatan, termasuk khidmat kaunseling dalam kes penderaan kanak-kanak, dan pelindungan wanita.
(9) Ketujuh, Program Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang, iaitu sumbangan ditawarkan kepada anak-anak keluarga miskin untuk menyambung pelajaran dalam kursus kemahiran teknikal di INPENS. Setakat ini, 130 pelajar sedang mengikuti kursus tersebut.
(10) Pada tahun 2009 agenda MES fasa 2 memberi insentif kepada golongan pekerja awam. Wanita pekerja awam yang bersalin diberi suti 90 hari. Suami yang isterinya bersalin diberi cuti 14 hari manakala isteri yang kematian suami diberi cuti sebulan. Kerajaan Persekutuan dilaporkan kelmarin baru menimbang untuk memberi kelulusan cuti bersalin 90 hari.
(11) Program, aktiviti serta insentif dalam agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” fasa 3 bakal diteruskan pada tahun 2010 ini.
(12) Bagi merancakkan ekonomi negeri dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang belum reda pula, Kerajaan Negeri memulakan enam projek besar, yang dilaksanakan secara pelaburan modal asing (FDI) yang bernilai RM50 ribu juta atau RM50 bilion, dan dijangka menyediakan 150 ribu lowongan kerja di pelbagai peringkat.
(13) Enam projek itu adalah pembersihan dan pembangunan Sungai Klang, peningkatan hasil tanaman padi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, penambah baik rangkaian pengangkutan awam, pemodenan rangkaian jalur lebar, pembangunan kawasan pinggir bandar di Petaling Jaya dan Kelang, pembangunan projek rumah terbengkalai, dan pengambilalihan syarikat konsesi air Selangor. Para Hadirin yang Berbahagia;
(14) Garis Kemiskinan Negeri Selangor kini ditetapkan pada kadar baharu, iaitu pendapatan isi rumah sebanyak RM1,500 sebulan. Kerajaan Persekutuan pula menetapkan Garis Kemiskinan pada pendapatan RM740 sebulan. Ia bermakna, dianggarkan sebanyak 30 peratus daripada 5.4 juta orang penduduk Selangor tergolong dalam kelompok berpendapatan RM1500 sebulan.
(15) Bagi memastikan program-program pembasmian kemiskinan terus dilaksanakan, maka kerjasama dan sokongan semua lapisan jentera pelaksana dan agensi sokongan sangat diperlukan terutama dalam usaha mengenal pasti warga Selangor yang tergolong dalam kelompok RM1500 sebulan. Usaha ini penting bagi memastikan bantuan-bantuan dapat terus disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
(16) Dalam aspek menyediakan tempat perlindungan, Kerajaan Negeri membantu membaik pulih rumah dengan anggaran kos RM7,000 sebuah atau dibina semula dengan kos RM30,000 bagi rumah tiga bilik tidur. Bagi tujuan ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta untuk baik pulih rumah tahun 2010.
(17) Kerajaan Negeri Selangor, memperuntukkan RM1 juta bagi membantu ketua isi rumah yang tergolong miskin tetapi mempunyai kemahiran tertentu untuk memajukan diri dalam bidang perusahaan dan seterusnya berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan. Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan bagi rakyat yang memerlukan rawatan penyakit katarak mata sebanyak RM700, bantuan RM60 sekali rawatan cuci buah pinggang, dan pembedahan kecil tidak melebihi RM1,500.
(18) Kerajaan Negeri turut membantu pembangunan Kampung Baru/Tersusun/Bagan di Selangor. Pada tahun 2009, sebanyak RM4 juta dibelanjakan untuk pembangunan kampung baru seluruh Selangor. Bagi tahun 2010, peruntukan yang sama ditambah kepada RM5.4 juta. Padahal kerajaan dahulu hanya memperuntukan RM200 ribu untuk tujuan ini. Secara logiknya, peruntukan tersebut jauh daripada mencukupi! Para Hadirin yang Berbahagia;
(19) Kita tidak perlu gusar sekiranya surat khabar, radio dan televisyen pro-Kerajaan Persekutuan tidak menyiarkan berita tentang pelbagai program untuk rakyat Selangor, sebab kita percaya rakyat Selangor sendiri tahu yang mereka memang mendapat manfaat yang banyak sejak dua tahun Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir urus negeri ini dengan adil, amanah dan jujur.
(20) Pelbagai perkara yang kita lakukan sekarang sebahagiannya tidak diberikan oleh pemerintah dahulu yang berkuasa selama lima puluh ( 50 ) tahun di Selangor. Maka, rakyat Selangor sekarang semakin sedar yang Umno/BN bukanlah parti politik yang terbaik untuk mereka.
(21) Pembangunan semula kawasan Bukit Botak merupakan antara contoh terdekat di Selayang ini, iaitu apabila Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan projek dengan memastikan reka bentuk rumah, lanskap persekitaran dan keperluan awam menepati keperluan hidup sekarang. Usaha yang berterusan ini bakal memahat keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, InsyaAllah. Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang Berbahagia;
(22) Dalam masa kita giat melancarkan program-program ”Merakyatkan Ekonomi Selangor” ada pihak-pihak yang cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran kita. Pejabat ahli-ahli EXCO kita didatangi oleh SPRM dengan cara yang tidak beretika menyebabkan insiden yang menggambarkan Kerajaan dan Ahli-Ahli EXCO kelihatan terlibat melakukan rasuah. Inilah antara kekangan-kekangan yang terpaksa kita tempuhi sekarang. Bagaimanapun, Insya-Allah, kita terus gigih melaksanakan amanah dan sokongan yang diberikan oleh rakyat kepada kita.
(23) Pada 7 Mac yang baru berlalu, kita menganjurkan Konvensyen Kedua Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Beberapa kertas kerja dibentangkan untuk diperhalusi dan dijadikan landasan kerja di peringkat Kerajaan Negeri. Saya berharap PKR, PAS dan DAP di kawasan Parlimen Selayang ini sudah menyenaraikan struktur rasmi pimpinan PR peringkat Parlimen dan mula merancang program-program rakyat.
(24) Saya harap ini masa yang sangat sesuai bagi kita berganding bahu, bergerak bersama dengan semangat “BERPADU. BERUBAH. BERKAT”. Kerjasama ini perlu dimulakan dari sekarang sehinggalah kita menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang mungkin diumumkan dalam pada tahun 2011.
(25) Tugas kita untuk mengekalkan penguasaan di Selangor memang agak berat. Tetapi jikalau tugas ini digalas bersama, Insya-Allah, ia menjadi lebih ringan dan mudah malah mampu menawan beberapa kawasan Parlimen dan Kawasan Dewan Negeri lagi!
(26) Selaku Pengerusi PR Negeri Selangor, saya amat yakin dan percaya pemimpin parti gbaungan Pakatan Rakyat di Parlimen Selayang ini cukup matang untuk memikir dan melaksanakan yang terbaik. Perjalanan yang jauh ini harus kita tempuhi bersama dalam semangat setiakawan dan kebersamaan cita-cita yang tinggi dan kental.
(27) Kepada anggota dan penyokong Parti, kita harus memahami yang saat ini bukanlah masa untuk kita duduk bersantai. Kewajipan kita adalah untuk bergerak seiring barisan pemimpin untuk terus memerah keringat dan mengatur strategi bagi memastikan Kerajaan ini yang kita nobatkan dua tahun lalu mampu melepasi segala rintangan dan kerakusan untuk berkuasa semula dalam kalangan pihak yang kita tewaskan itu.
(28) Kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, saya mohon gunakanlah peluang ini untuk membentuk masyarakat yang berilmu, bertoleransi serta memahami diri, keluarga dan hak mereka. Berikanlah panduan dan pedoman yang betul agar budaya cemerlang dapat diwarisi oleh generasi sekarang dan generasi mendatang.
(29) Kita semua adalah potret pertama yang menggambarkan Pentadbiran Baharu Kerajaan Negeri sejak Mac 2008. Sekiranya penampilan kita semua baik maka baiklah Kerajaan Negeri Selangor ini. Jikalau penampilan kita buruk maka buruklah Kerajaan Negeri di mata rakyat Selangor khususnya, dan Malaysia seluruhnya. Oleh itu marilah memelihara nama baik demi kesejahteraan bersama.
(30) Akhir kata, saya dan isteri sekali lagi mengucapkan terima kasih terhadap undangan ke Majlis yang ramah dan menyelerakan ini. Saya berharap usaha baik seumpama ini dapat diteruskan kerana ia mampu mencerminkan kedewasaan dan kematangan pimpinan Pakatan Rakyat menguruskan agenda dan matlamat parti.Berakit-raki ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.
------------------------------
Ucapan MB Selangor di majlis makan malam sempena sambutan 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Wednesday, March 10, 2010

Wanita Cantik Suka Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa engkau menangis?' 'Kerana aku seorang wanita', kata sang ibu kepadanya. 'Aku tidak mengerti', kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'. Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?' 'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'

Allah berfirman:
'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan, 'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ' 'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh, 'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya, 'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ' 'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu' 'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'

Tuesday, March 9, 2010

IN LOVING MEMORY

"Salam sejahtera,semoga kita semua berada di bawah naungan rahmat dan berkat Allah SWT,

Dibawah ini adalah satu kisah yang sangat sangat menyentuh jiwa,penulis sendiri tidak dapat menahan daripada menitis air mata,dan penulis ingin berkongsi cerita ini kepada umum,agar kita mengambil satu pembelajaran daripada plot cerita di bawah.Pertama, penulis terfikir,alangkah baiknya,apabila kita mengingati kekuasaan dan keagungan Allah SWT dan setakat mana kita taat kepada perintah Allah SWT,air mata mengalir sepertimana kita menelaah kisah di bawah ini,kedua,tahap mana redha penulis terhadap Allah SWT...dan ketiga,penulis mengingatkan diri sendiri,bahawa kita datang daripada Allah dan kembali juga kepada Allah SWT.....

25 Mei 2009-
Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah wish...kwn2 pejabat...along, imran my nierce...siap call kat opis tu nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang...tp aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami
mkn kat tg malim je..

26 Mei 2009 -
bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day period...masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8 months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa t katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak leh detact...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui.. .

27 Mei 2009-
masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg malim dari air port ... diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ... ambik husna, bwk baik tg karang

28 Mei 2009-
aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit
bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu

29 Mei 2009-
berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku thik positive...tak de pape kot... panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009
duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...

31 Mei 2009-
still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke
tg malim..masih sakit...

lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk nyucuk...singgah klinik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk antar husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini
dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 June 2009-
aku disuntik ubt matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33 minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr cuba suntik ubt kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad bersalin...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room

2 June 2009-
sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini...aku selamat bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg (33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak....

waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...

3 June 2009-
aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum ada susu..aku cuba...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan
kebatilan...

4 June 2009-
kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di sana..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami akan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr. pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor operation

5 June 2009-
Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin banyak... ALHAMDULIL LAH.... moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 June 2009-
Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. ..tp masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti biasa...

7 June 2009-
Qaid berasa selamat setiap kali aku mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. .....makin sihat...

8 June 2009-
lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye sayang ibu...bertahan ye...

9 June 2009-
siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...

10 June 2009-
aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena mengalah ye sayang...

11 June 2009-
Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital

12 June 2009-
mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg ambik untuk balik. .bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2.... biarlah aku tak berapa sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...

13June 2009-
2 more days sayang....bertahan ye

14 June 2009-
aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh tu...packing brg

15 June 2009-
Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN...

on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon, mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku
untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akan bertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 June 2009-
atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia naik...Dr. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2 minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 June 2009-
masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc susu aku...every 3 hours...

18 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati

19 June 2009-
berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH

20 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan kami... perbanyak kan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!

21 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...takkisah kalau urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...Demi kesihata anakku

22 June 2009-
masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44 kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...

23 June 2009-
susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terus memerah susu setiap 3 jam sekali...demi annakku...Qaid Ahmadinejad

24 June 2009-
pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang jaga..senang bersalin...

11.30 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02 (deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil ini...terus dia nangis mcm biasa....

tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia lahir...untuk pemerhatian rapi...

aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untuk memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku sangat risau..Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH

ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3...3 kali mereka membuat CPR ke atas anakku...

25 June 2009-
aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau

pkl 8 pg-
perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAUuji terhadapku.. ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH.... Qaid menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangatmenghibakan hati ku....

menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl 8, dr caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera...

kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinan bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2 mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...

26 June 2009-
pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak...

menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia sangat lemah!!!!Dr caroline berkata... "BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN, KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak
sanggup dia tinggalkan aku...

tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. .....Qaid.. .bertahan nak...ibu ada teman Qaid

bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu bertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam di hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku, berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2 anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk, mak...mulia sungguh hatimu....

aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak mana...asalkan anakku selamat...

ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itu dah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...yaAllah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jg lah di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku, kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilan pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...

Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk
sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah
pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt
mengurangkan kekembungan bayiku itu...

aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk
kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg
anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus
berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg
mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di
sisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. ..aku
terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya
terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak
gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd
nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya
rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang....adik sakit...kalau ibu bg
juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang...

menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas
sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari
wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat
CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..ya
ALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca yassin di sisi
anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg
di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum
ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd
anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd
suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air
sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ
anakku...

selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus
nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada
anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari
luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE
TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm
tu...tak sampai hati...

kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku
terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad
dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK
ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK
RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG
DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd
suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku terus
pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah
padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus
pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg
melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. ..Ya
ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup
nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ...ibu
sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup
nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg
sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya
ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku
sekali???Qaid. ......... .

aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya
gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak
mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat
sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH...

suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit
ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk
menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan
anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..

menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku
terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat
ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit
cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua
ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku
harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... ..aku
redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di
sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah...kuatkanlah semangatku.. .aku
begitu lemah sekali...

Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah
mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH...anakku
seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ....begitu comel wajah
anakku..begitu
tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu
ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang
padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye...aku tak perlu khuatir...Qaid
akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan
ini...aku REDHA Qaid pergi...aku cium..cium.. cium jenazah anakku tanpa
henti...

sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad
itu...moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri
mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad
itu...sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah
berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya di
jemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. ...dari mula aku menerima berita
Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan
dirinya...meninggal kan dirinya kesorangan.. ..jdkanlah kisah aku sebagai
kekuatan korang....

ku lihat..semua staff nurse menangis...dr. sumi pun begitu..aku ucapkan
terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di
bawah jagaan mereka..

ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan
jenazah...dikafanka n..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu
lemah...adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah
sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ....putih bersih...ya
ALLAH...berilah
kekuatan ke atas ku....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH

menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah...mak dan mak mertuaku, adik2
iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ....jenazah anakku diletakkan
di
atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan
katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala
pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah di usik..dipakai lg...mcm
mana
agaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak
menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di
sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...husna, hanya tinggal husna
sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...husna jd anak yg baik
ye...adik husna dah takde...husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa
hatiku ya allah...

along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut
kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk
jenazah anakku...

suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di tanjung
karang...bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak
leman...kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ke
tg karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh...menunggu ahli
keluarga suamiku dari kedah..

sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba.. ...pabila merasa susuku
bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku
memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku
ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh
hatiku...ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku...aku pilu..pilu
bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. .ini bukan
mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi...husna bangun dari tidur,
eh...adik dah balik....eh adik tidur???kakak. ......adik kakak dah tak
de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adiknya
telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adiknya??

kemudian...selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat
jenazah....kami bertolak ke tg karang...sedih hatiku bila melihat
satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde...anak aku dah dijemput
ilahi...tinggal aku sorang b....B peluk aku, menenangkan
hatiku....sabar. ..sabar jie...ni semua dugaan allah...ko beruntung sbb
ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima
hakikat ini....kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..kak mas,
aku peluk kak mas...kak mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap
je allah pinjamkan pd saya...sabar jie...sabar. ....ini semua dugaan...air
mataku dah kering....dah kering untuk menangis lg...hati aku
pilu...hiba. .sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar...

kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak
putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah...antara
banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari
ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU
KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA
NANTI...amin. ...amin.. .ya rabbal alamin..

Sampai di tg karang...aku disambut oleh along...aku diminta berehat di
dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampu
menelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini
dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan. ...sahabat2 handai...kemudian, aku
diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke
aras jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku
sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian,
secara tiba2...aku berzikir pd jenazah
Qaid...SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ....WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU
AKBAR...zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia
menangis...mengigau ....ya allah...anakku hidup lg..dia cuma tido..tido
seperti hari2 biasa....tido selepas mandi..selepas di beri susu...ya
ALLAH...jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu
nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd.
.....

jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah....betul2 di tepi
kubur arwah opah...aku bersyukur... ...sekurang kurangnya Qaid tak
sendiri...nyang ada menemani Qaid..

Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau
limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH...lindungilah Qaid ya
ALLAH....jagalah Qaid di sana ya ALLAH...lindungilah dirinya ya
ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada husna dan
suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya
ALLAH....jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak
pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku
REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...

Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya
dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid,
jaga Qaid siang dan malam...cium Qaid tanpa henti...bacakan surah,
ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah
yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak...tp Qaidlah
anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya
nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa
Qaid...kesian kat kak husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak
sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid...doakan
ibu ye nak...doakan ibu..semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu
akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid
merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari
abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini....

Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu
sayang Qaid...ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini
jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...

QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY