Wednesday, December 29, 2010

Gerakan Menulis Perdana

Alhamdulillah Gerakan Menulis Perdana sudah selesai dijalankan dengan jayanya di Giant Putra Height, Shah Alam. Majlis anjuran Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor turut dihadiri Puan Rosnah Wahab, juga Dr. Siti Mariah Mahmood, ahli parlimen kawasan Kota Raja.

Dengan kehadiran peserta begitu menggalakkan, seramai 80 orang peserta yang hadir menyertai pertandingan yang terdiri daripada 5 kategori termasuk pertandingan mewarna.
Kategori 1 : 7-9 tahun (pertandingan tulisan cantik)
Kategori 2 : 10-12 tahun (mengarang)
Kategori 3 : 13-15 tahun (mengarang)
Kategori 4 : 16-18 tahun (mengarang)
Kategori 5 : 5-6 tahun (pertandingan mewarna)

Program bermula jam 8.30pagi, dan tamat jam 1 petang.

pendaftaran peserta.

 
guru-guru masih membincangkan logistik.

 
Ucapan Ketua Muslimat Kawasan Kota Raja, Puan Rosnah.

 

di sebalik mainan2 ni pun ade yang sedang mengambil mood untuk mengarang..



Tuesday, November 9, 2010

Apa Erti Menjadi Isteri Solehah

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.
Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim    :  Siapakah kamu? 

Menantu          :  Aku isteri Ismail. 

Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail? 
Menantu           :  Dia pergi berburu. 
Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? 
Menantu          : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang. 
Nabi Ibrahim    :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya   menceraikan isterinya). 
Menantu          :  Ya, baiklah.

Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? 

Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 

Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
Isteri                :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang. 
Nabi Ismail      :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri               :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu. 
Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.


Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu? 

Menantu           :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. 

Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan? 
Menantu           :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang. 
Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu. 
Menantu           :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan. 
Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan? 
Menantu           :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. 
Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah 
berkat doa Nabi Ibrahim). 
Nabi Ibrahim   :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).


Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? 

Isteri               :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu. 

Nabi Ismail       :  Apa katanya? 
Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 
Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
Isteri               :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum. 
Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri               :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu. 
Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan. 
Isteri               :  Alhamdulillah, syukur.


Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.
Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri solehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.

Sunday, November 7, 2010

JANGAN !

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini ALLAH tidak suka
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tampa memakai alas
Kaki [selipar]
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
Mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan minum dalam
Bekas yang pecah atau sumbing. makruh
Kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
Digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat subuh,nanti
Rezeki mahal
[kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat].

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tampa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalan.nanti hati kita gelap
Diseliputi dosa.

Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menanggu taubat bila berbuat dosa kerana
Mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama
Manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.nanti rosak
Persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap
Kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.sedekah itu memanjangkan
Umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik
Dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.doa makhluk yang
Teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal Selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNYA.

WASSALAM

Thursday, October 14, 2010

4 Golongan Lelaki Ke Neraka.


Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

Thursday, September 23, 2010

Aku, Lim, Islam & Hidayah


Dari Jeram Pasu: Isnin, 6hb. September, 2010 - 10:11 am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Monday, September 6, 2010

Mengedar Bubur Lambuk

Cuti hujung minggu baru ini memberi peluang kepada jentera Muslimat PAS Kawasan Kota Raja untuk membantu Pejabat Parlimen Kota Raja dan Pemuda mengedar bubur lambuk di sekitar Bukit Naga dan Telok Menegun.

Sebanyak 600 paket bubur lambuk telah berjaya diedarkan bagi bekalan berbuka puasa kepada penduduk disekitar kawasan tersebut. Rata-rata penduduk gembira dengan kehadiran kami malahan jumlah 600 paket tersebut hanya megambil masa 10 minit berjaya dihabiskan.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada maa-masa akan datang. Tunggu kehadiran kami selepas ni bagi merakyatkan Kebajikan dikalangan rakyat di Kota Raja.

Antara jentera muslimat yang turut serta

Ketua Muslimat sibuk melayan penduduk di sekitar pasar Ramadhan Bukit Naga

Bungkusan yang telah siap untuk diedarkan

Keceriaan YB Dr Siti Mariah penyeri di penutup bekas bubur lambuk

Friday, September 3, 2010

Doa Seorang Ibu

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

# Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

# Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

# Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

# Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka

1) Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2) Membaca quran sehingga menitis air mata
3) Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!

1) Anak
2) Ibu
3) Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J
# Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
# Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
# Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
# Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
# Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
# Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”

# “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”

# Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

# Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J
# Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

# Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah

# “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”

# “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

# Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
# Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

# Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
# Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

# Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

# Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
# Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

# Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
# Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

# Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

# Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

# Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

# Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka

# Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar

# Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan

 Symptom dah terkena saka

# Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena

# Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar

# Susah nak dapat anak, senang gugur

# Ada rasa kelibat orang lalu

# Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

# Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

# Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

# 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

# Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

# Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

# Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

# Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

Tuesday, August 24, 2010

Kehidupan Kita

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu

permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka.... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

Monday, August 9, 2010

Kemeriahan Hi-Tea Skuad Wanita Parlimen Kota Raja

Ucapan Perasmian Oleh Puan Sri Salbiah Isteri kepada Menteri Besar Selangor

Skuad Wanita Parlimen Kota Raja telah berjaya mengadakan Hi-Tea "Kasihmu Kujulang Budimu Kukenang" bagi meraikan ibu bapa sekitar Parlimen Kota Raja di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Salbiah Binti Tunut isteri Menteri Besar Selangor dan juga Yang Di Pertua PEKAWANIS.


Tenaga Penggerak Program bersama YB Dr Siti Mariah Mahmud

Idea asal program ini di cetuskan sendiri oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja pada awal tahun ini iaitu rentetan kejayaan Skuad ini meraikan Para Ibu pada tahun lalu. Menurut Pengarah Program Puan Rosnah Abdul Wahab dan juga Ketua Muslimat PAS Kota Raja, tujuan program ini menghargai jasa baik kedua ibu bapa sempena hari ibu bapa sedunia. Program ini gabungan tiga jentera utama Pakatan Rakyat iaitu Dewan Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan Wanita DAP Kota Raja. Selain itu beliau ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa ketiga-tiga parti utama ini mampu berganding bahu untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat khususnya di Parlimen Kota Raja.Kehadiran ibu bapa ke majlis ini mencecah seramai 500 orang.


Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama Karangkraf, Parkson, Gardenia dan individu-individu perseorangan yang menjayakan majlis pada kali ini. Turut hadir ke majlis ini Dato Ahmad Jais yang menghiburkan tetamu yang hadir disamping persembahan tiga budaya Melayu, Cina dan India.

Monday, August 2, 2010

Tamrin DMPK

Kota Raja: Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Kota Raja telah berjaya mengadakan tamrin pada 30-31b Julai yang lalu. Program 2 hari 1 malam ini sarat dengan pengisian yang cukup berguna kepada muslimat khususnya mempertahankan kemenangan yang ada.

Antara pembentang kertas kerja yang hadir ialah Ustaz Ridhuan Mohd Nor Exco Pemuda PAS Pusat yang bertajuk "Sirah Perjuangan Zainab Al-Ghazali", Puan Hajah Wan Hasrina Binti Wan Hassan Ketua Muslimat Negeri  bertajuk "Tanggungjawab, Komitmen dan Pengorbanan dalam gerak kerja" dan Pn Noraini Hussin Timbalan Muslimat Negeri bertajuk "Akhlak Seorang Pemimpin".

Kehadiran peserta cukup menggalakkan kerana rata-rata setiap cawangan menghantar peserta masing-masing. Peserta yang mencecah 50 orang memenuhi ruang dewan tamrin kali ini. Antara pesanan Ketua Muslimat Negeri, tamrin perlu diadakan 4 kali dalam setahun. Selain indoor, pihak kawasan perlu juga mengadakan secara outdoor bagi merasai kelainan dalam tamrin.

Pihak Lajnah Tarbiyah bergitu berbangga pada kali ini kerana rata-rata ramai muka baru yang hadir ke program kawasan kali ini. DMPK perlu terus mempergiatkan usaha ziarah ke setiap cawangan serta menziarahi rakan-rakan lain supaya usaha murni ini dapat merapatkan ukhuwah yang terjalin.

Wednesday, July 28, 2010

RENUNGAN BUAT LELAKI YANG BERNAMA SUAMI


BILA ISTERI MENANGIS....


Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami²,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami²,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Thursday, July 15, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi Yang Nyata Sia-Sia

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik. Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional. Saya mengangguk-angguk kepala sahaja. Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar. Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit& janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi. Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni. Kenapa Pak Cik? Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni. Pak Cik hisap rokok apa? saya mula teruja untuk berbual. Masih Winston. Dah sebati sejak dulu. Winston from America? bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk. Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini? kilasnya mengalih arah perbualan. Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu, tegas saya. Apa dia? Solat Subuh berjemaah.

Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat. Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam. Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati. Kita mesti sanggup memikul senjata. Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.

Saya tak faham. Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka. Apa yang menyakitkan mereka? Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.

Jadi? Sebaik-baik demonstrasi ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman. Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak? Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!

Awak sindir saya?

Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak. Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi! Lagi-lagi ke situ fikirnya. Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.

Siapa kata kita ikut cara hidup mereka? Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam? Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam. Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.

Contoh? Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?

Ketiga-tiga isme itu sama. Sama? Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama& ZionisYahudi!

Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah? Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan. Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan genuine.

Misalnya?

Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.

Lagi?

Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!

Lagi?

Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh berdemonstrasi hari-hari terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.

Idola Amerika?

Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah. Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya.Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik? kata saya seakan-akan merayu.

Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci. Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.

Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat?

Eh, kami yang demonstrasi semua solat. Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja& tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:

"Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka".

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus mengecilkan pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Monday, July 5, 2010

Kemeriahan Citra Warna Nisa'

Nisa' Kota Raja sekali kali tampil dengan pendekatan tersendiri bagi mendekati golongan remaja khususnya golongan hawa di sekitar Parlimen Kota Raja pada 26 Jun yang lalu. Program Citra Warna ini berkonsepkan santai dengan pengisian ceramah "Cinta Remaja", Senamrobik, Ceramah Kesihatan serta Indoor Game.

Program dikendalaikan sepenuhnya oleh Nisa' Kota Raja ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MBSA Zon 13 yang telah berlangsung di Dewan Sukan Klang. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta mengejutkan pihak penganjur serta wakil daripada Nisa' Negeri Selangor.

Aktiviti senamrobik pembuka tirai program

Acara lari ikat kaki antara aktiviti yang dijalankan

Kecerian terpancar diwajah peserta yang hadir

Konsep ukhuwah dan kerjasama diterapkan dalam permainan gelang getah

Pasukan Nasyid Nisa' menyampaikan persembahan mereka

Penggerak utama Nisa' Kota Raja bersama pimpinan DMPK

Peserta yang bergambar bersama pasukan Nasyid Nisa'

Monday, June 21, 2010

Muslimat Turun Lapangan

Sibuk melayan pengunjung di hadapan Mydin Mart

Sri Muda: Program hujung minggu menggempur pengundi baru di sekitar perumahan Taman Sri Muda mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat. Malahan kesempatan ini dapat juga menerangakan dasar Kerajaan Negeri Selangor serta mengetahui masalah rakyat setempat.

Bergambar bersama pengundi baru berbangsa India

Mengikut data yang dikeluarkan oleh SPR, seramai 80 ribu lagi pengundi yang layak mengundi di Kota Raja masih belum berdaftar. Inisitif ini dilakukan oleh JPrD dgn dibantu oleh semua dewan termasuk DHPP. Muslimat telah menghantar 10 sukarelawan bagi membantu misi ini.

Tekun menjumlahkan pengundi di bilik operasi

Walaupun mensasarkan seramai 1000 pengundi baru bagi tempoh 2 hari, hanya 500 pengundi sahaja yang berjaya didaftarkan. Satu permulaan yang baik bagi mencapai sasaran yang telah dilletakkan oleh pihak pengelola.
Ketua UPP sempat menggunting rambut beliau sambil mendaftarkan pengundi baru


Menggempur sekitar kedai-kedai di Tmn Sri Muda

Thursday, June 17, 2010

Gempur Daftar Pemilih Baru

Jln Kebun: Kesempatan cuti sekolah, Muslimat PAS Kota Raja bersama Skuad Wanita PKR menggempur rumah ke rumah di sekitar Jalan Haji Said Jln Kebun bagi mendaftarkan pengundi baru bagi Parlimen Kota Raja. Seramai 7 orang petugas telah turun ke lapangan di ketuai oleh Tn Majid selaku Penolong Pendaftar Sementara yang dilantik secara sah oleh SPR.

Seramai 23 pengundi baru telah berjaya didaftarkan yang bermula sekitar jam 10 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Tahniah diucapkan kepada Skuad PR Kota Raja.

Program ini akan diteruskan secara besar-besaran pada 19-20 Jun 2010 di sekitar Tmn Sri Muda dan Kg Baru Hicom. YB Dr Siti Mariah Mahmud dan YB Shuhaimi akan turut serta dalam program kali ini
Antara rumah yang dilawati

Beramah mesra bersama penduduk sambil menjelaskan dasar kerajaan PR Selangor

Berehat sebentar selepas penat mengunjungi penduduk

Saturday, June 12, 2010

Monday, June 7, 2010