Sunday, March 27, 2011

Mesyuarat Agung Muslimat kali ke 7

Bismillah..

Bermesyuarahlah kamu atas suatu urusan. Maka sekiranya kamu telah berazam maka bertawakallah kepada Allah SWT.




Alhamdulillah wa syukur Lillah, dengan izin yang maha kuasa, Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kawasan Kota Raja kali ke 7 telah diadakan pada 27 Mac 2011,bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam. Dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan, seramai lebih kurang 100 orang yang memenuhi ruangan Dewan Malawati Hotel tersebut menunjukkan perpaduan dan kerjasama para muslimat Kota Raja dalam menggalas tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan.

pendaftaran

Acara dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, seterusnya doa oleh ustazah Kholijah, nyanyian lagu tema PAS serta doa rabitah, Ucapan Ketua Muslimat Kota Raja, Ucapan YDP Kota Raja, Tayangan Multimedia, Mesyuarat Agung bermula (mengundi, sesi pembahasan usul, perlantikan ahli jawatankuasa yang baru), dan ucapan penangguhan dari wakil Muslimat.

nyanyian lagu tema PAS



Muslimat Bukit Naga menyanyi penuh semangat.



Ucapan Ketua Muslimat Kota Raja

Ucapan YDP Kota Raja, Cikgu Jaafar.

Cabutan bertuah

taklimat SPR


Ucapan Persmian Penutup oleh Yg Bhg Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh

Ucapan dari wakil Cawangan Andalas

Keputusan Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kawasan Kota Raja kali ke 7.

Ketua Muslimat - Puan Rosnah Abd Wahab
Timbalan Ketua Muslimat - Puan Wan Azizah binti Wan Abdullah
Naib Ketua Muslimat - Puan Halimah binti Muhabah

Ajk -
1) Puan Norliza binti Ahmad
2) Puan Shamsinar binti Abd Aziz
3) Puan Siti Kholijah Mohd Hashim
4) Puan Azimah binti Muda
5) Puan Zaiton binti Dan
6) Puan Rafiza Rahmad
7) Puan Norazianbinti Ithnin
8) Cik Shafiqah Saharudin

Tahniah dan takziah kepada pucuk pimpinan Muslimat yang baru. Semoga dengan keazaman dan semangat yang baru dapat bersama lagi kita mengukuhkan serta memperkasakan Muslimat sendiri dalam menegakkan syariat Allah di kawasan Kota Raja, serta negara Amnya..

Takbir!