Friday, April 30, 2010

SEKITAR PILIHANRAYA P94

Malam akhir kampen di Stadium Kuala Kubu

Ribuan penyokong hadir mendengar ceramah Tok Guru

Kempen waktu buang undi di Sek Men Ampang Pechah

Pn Veny yang turut berkempen

Semangat melayan orang istimewa

Muslimat Kota Raja yang bertugas

Monday, April 26, 2010

Renungan: Elakkan Pembaziran

Negara kita mewah dengan makanan dan begitu juga beberapa negara arab kaya. Lihatlah sendiri gambar ini sebagai buktinya...


Apabila makanan tidah habis..sisanya dibuang begitu SAHAJA



Adakah kita memikirkan mereka yang kurang bernasib BAIK!! Bertarung mencari sesuap makanan untuk terus hidup...


Elakkan Pembaziran
Hulurkan sumbangan pada yang memerlukan

Friday, April 23, 2010

Calon BN Bohong Lagi


Calon BN bagi pilihanraya kecil P94 Hulu Selangor yang menyatakan anak jati Selangor yang kini menetap di Rawang didapati sekali lagi menipu pengundi Hulu Selangor. Exco Selangor Dr Xavier mendedahkan beliau mengundi di Parlimen Sungai Siput kubu kuat Presiden MIC. Inikah yang dinamakan seorang pemimpin yang telus dan ikhlas dengan membantu rakyat. Belum apa-apa lagi telah cuba memutar belitkan maklumat terhadap pengundi. Pengundi di Hulu Selangor patut bijak memilih pengundi yang benar-benar ikhlas pd 25 April ini.

Monday, April 19, 2010

Penamaan Calon Hulu Selangor

Jalan raya mula sesak dengan penyokong masing-masing

Bertikam lidah bersama penyokong BN

Antara jentera Muslimat yang bertugas

Melihat reaksi penyokong BN yang tiada adab

Friday, April 16, 2010

8 Mei Penamaan calon, 16 Mei Mengundi

SPR sebentar tadi mengumumkan penamaan calon di Parlimen Sibu jatuh pada 8Mei (Sabtu) manakala pembuangan undi pada 16 Mei 2010 (Ahad).

Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Wednesday, April 14, 2010

Kenali Calon PR Hulu Selangor


Nama: Mohd. Zaid Ibrahim

Umur: Lahir pada tahun 1951 di Kelantan

Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974) Barrister at Law Inner Temple 1975

Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)

Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim

Facebook: Datuk Zaid Ibrahim

Sejarah pembabitan dalam politik

Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.

2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.

2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.

2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.

2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008.

Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).

Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.

Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.

Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.

Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.

Keadilan untuk Semua

Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman.

Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman.

Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.

Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.

Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik.

Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.

Kerja-kerja kebajikan & penerbitan

Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.

Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008.

Buku

Dari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009

Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan.

Tuesday, April 13, 2010

Berani Sungguh MB Selangor

Tahinah Kepada Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim atas cabaran yang beliau lemparkan kepada Kerajaan Pusat atas peruntukan ADUN yang dibisingkan oleg ADUN BN di Selangor. Dengan jawapan ringkas oleh MB, BAGI DULU PERUNTUKAN KEPADA AHLI PARLIMEN PR JIKA MAHU KERAJAAN NEGERI salurkan peruntukan kepada ADUN BN. Baru depa tau...Tahniah MB

Monday, April 12, 2010

Sekitar Mesyuarat Agong PAS Kawasan Ke-8

11 April: Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kota Raja Kali Ke-8 selamat dijalankan dengan suasana harmoni dan kasih sayang. Perwakilan muslimat khususnya yang hadir dengan membawa anak-anak bagi turut serta menjayakan mesyuarat kali ini. Majlis perasmian yang disempurnakan oleh YB Dr Syed Azman sungguh memberi makna khusunya peringatan kepada jentera parti bagi mempertahankan Negeri Selangor pada PRU 13 akan datang. Ujian percubaan akan hadir di PRK Hulu Selangor sebagai penilaian prestasi 2 tahun PR memerintah Selangor. Tahniah dan syabas kepada perwakilan yang turut serta dalam mesyuarat kali ini

Ketua Muslimat tekun membelek buku laporan

Ucapan perasmian oleh YB Dr Syed Azman

Antara perwakilan dan pemerhati Muslimat yang hadir

Anak-anak bukan penghalang untuk hadir ke Mesyuarat Agong

Sesi rehat sebelum sidang diteruskan

Perjalanan Manusia

Muslimat Menyokong Tindakan Pemuda


Sentosa, 8 April: Dewan Muslimat PAS Kota Raja terpanggil untuk bersama-sama pada sidang media yang diadakan di Pejabat Parlimen Kota Raja jam 9.00 malam bagi menjelaskan kepada media terhadap laporan polis yang dilakukan pada sebelah siang di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam oleh Dewan Pemuda dan Sekteriat Pejabat Parlimen.

Sidang Media ini bertujuan menjelaskan kepada umum keadaan sebenar apa yang berlaku pada ceramah YB Dato Seri Nizar, YB Dr Siti Mariah & YB Shuhami di Jalan Kebun pada 5 April 2010 yang lalu. Berita yang dikeluarkan oleh penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com suatu fitnah terhadap PAS Kota Raja kerana semua tulisan beliau semuanya bercanggah dengan apa yang berlaku sebenarnya. Sidang media ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kota Raja dan juga merupakan peguam beserta Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah, TYDP PAS Kota Raja, Dewan Pemuda dan AJK PAS Kawasan Kota Raja. Mereka bukan sahaja memutarbelitkan fakta sebenar malah menokok tambah cerita asal bagi menyedapkan lagi berita untuk didengar oleh pihak mereka. Tindakan mereka ini menggambarkan mereka sudah tertekan dengan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor khususnya dan Kota Raja Amnya. Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda dan Sekteriat Parlimen.

Wednesday, April 7, 2010

MCA Tak Sebulu Dengan UMNO Selangor

Dengan hanya Slogan "BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU13" di Konvensyen BN Selangor dalam usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.
“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.
Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu
 
(Itulah UMNO sejak dulu, kini dan selamanya..Pandai berwayang kulit. Konon pejuang perpaduan hakikatnya pejuang perut-perut mereka. Ayuh parti komponen BN lain keluar beramai-ramai tinggalkan parti racist. Kita jayakan Slogan STOP BN in Selangor)

Monday, April 5, 2010

Pakatan Rakyat Mendahului Rakyat

PERMATANG PAUH, 4 April: Kira-kira 4,000 warga emas telah menyerbu Maybank cawangan Desa Murni, Sungei Dua bagi mendapatkan wang yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Bermula sejak semalam sehinggalah ke hari ini kebanyakan cawangan Maybank yang dikhususkan bagi pembayaran wang RM100 seorang tersebut telah dibanjiri oleh warga emas mengikut kawasan pilihan raya masing-masing. Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man (gambar bawah) juga terpaksa berada di pusat pungutan tersebut bagi membantu warga emas yang mempunyai masalah semasa proses pembayaran dibuat.


Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang terpaksa berada sejak awal pagi sehinggalah proses pembayaran tunai berakhir pada petang ini.

Menurut Mohd Salleh warga emas yang mendapat surat untuk menerima wang daripada Kerajaan Negeri masih boleh menunaikan wang tersebut sehingga 16 April yang akan datang.

"Oleh kerana itu mereka tidak perlu untuk tergesa-gesa atau bersesak-sesak untuk mendapatkan wang tersebut kerana tarikh yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah mencukupi bagi mereka mendapatkan wang yang dijanjikan.

"Proses pembayaran berjalan lancar dengan kerjasama yang begitu baik diberikan oleh pihak bank kepada semua warga emas yang ingin menunaikan wang tersebut.

Taklah seperti Kerajaan Persekutuan di bawah BN apabila ada Pilihanraya Kecil baru keluar slogan "Rakyat Didahulukanlah...", "Juara Rakyatlah..." meluluskan itu inilah....
 

Saturday, April 3, 2010

Bubar DUN Perak: Kajian BN Menang

Kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre menunjukkan Kerajaan BN pasti akan memenangi sekiranya DUN Perak Bubar. Kajian yang melibatkan 1,031 penduduk di DUN Kuala Sepetang menemuramah 59.96 % orang Melayu, 31.6 % orang Cina, 8.34 % orang India dan 0.03 % bangsa lain menggambarkan jumlah komposisi penduduk Perak. Dalam kajian ini sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang adalah kerajaan yang sah selepas melalui proses kehakiman.

Benar atau tidak kajian ini, semua jentera PR perlu melihat dalam kacamata yang positif supaya bekerja lebih keras menjelaskan dasar PR dan memenangi hati rakyat supaya dapat membuktikan kepada rakyat bahawa PR mampu mentadbir lebih baik daripada kerajaan BN sekarang.



Friday, April 2, 2010

Pembantu YB Ronnie Liu Dibebaskan

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan pegawai khas kepada exco Selango, Ronnie Liu - Wong Chuan How (bawah, berbaju putih) daripada dakwaan pecah amanah berhubung pembelian bendera kecil.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Wong, 50, mengemukakan invois palsu bernilai RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang mengenai pembelian bendera mini sedangkan bekalan itu tidak dibuat.


Dalam penghakimannya, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh berkata pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan Wong dibebaskan.Beliau juga mengarahkan wang jaminan RM5,000 dipulangkan kembali kepada tertuduh.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan
Wong yang ditemui wartawan pula berkata beliau yakin dia akan dibebaskan berhubung dua lagi tuduhan yang serupa.Penahanan Wong adalah sebahagian daripada siasatan SPRM ke atas 20 ahli parlimen Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan kepada kawasan mereka.

Siapakah Orang....


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk