Saturday, April 3, 2010

Bubar DUN Perak: Kajian BN Menang

Kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre menunjukkan Kerajaan BN pasti akan memenangi sekiranya DUN Perak Bubar. Kajian yang melibatkan 1,031 penduduk di DUN Kuala Sepetang menemuramah 59.96 % orang Melayu, 31.6 % orang Cina, 8.34 % orang India dan 0.03 % bangsa lain menggambarkan jumlah komposisi penduduk Perak. Dalam kajian ini sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang adalah kerajaan yang sah selepas melalui proses kehakiman.

Benar atau tidak kajian ini, semua jentera PR perlu melihat dalam kacamata yang positif supaya bekerja lebih keras menjelaskan dasar PR dan memenangi hati rakyat supaya dapat membuktikan kepada rakyat bahawa PR mampu mentadbir lebih baik daripada kerajaan BN sekarang.



No comments:

Post a Comment