Sentosa, 8 April: Dewan Muslimat PAS Kota Raja terpanggil untuk bersama-sama pada sidang media yang diadakan di Pejabat Parlimen Kota Raja jam 9.00 malam bagi menjelaskan kepada media terhadap laporan polis yang dilakukan pada sebelah siang di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam oleh Dewan Pemuda dan Sekteriat Pejabat Parlimen.
Sidang Media ini bertujuan menjelaskan kepada umum keadaan sebenar apa yang berlaku pada ceramah YB Dato Seri Nizar, YB Dr Siti Mariah & YB Shuhami di Jalan Kebun pada 5 April 2010 yang lalu. Berita yang dikeluarkan oleh penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com suatu fitnah terhadap PAS Kota Raja kerana semua tulisan beliau semuanya bercanggah dengan apa yang berlaku sebenarnya. Sidang media ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kota Raja dan juga merupakan peguam beserta Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah, TYDP PAS Kota Raja, Dewan Pemuda dan AJK PAS Kawasan Kota Raja. Mereka bukan sahaja memutarbelitkan fakta sebenar malah menokok tambah cerita asal bagi menyedapkan lagi berita untuk didengar oleh pihak mereka. Tindakan mereka ini menggambarkan mereka sudah tertekan dengan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor khususnya dan Kota Raja Amnya. Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda dan Sekteriat Parlimen.
No comments:
Post a Comment