Friday, October 23, 2009

Wanita Berpakaian Tapi....

Sabda Nabi " Ada 2 golongan yang termasuk dalam ahli neraka yang aku belum pernah melihat perbuatan mereka, iaitu kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu lalu mereka memukulnya pada manusia. Yang kedua ialah wanita yang berpakaian tapi telanjang. mereka suka bergaya mencari perhatian daripada lelaki, kepala mereka seperti ponok unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan wangi syurga itu sudah tercium dari jarak yang sangat jauh"

Ada beberapa syarat pakaian wanita mengikut Islam. Antaranya ialah pakaian itu mestilah menutup seluruh aurat wanita, tidak sempit, tidak jarang dan tidak menyerupai pakaian wanita kafir.

Monday, October 19, 2009

Gerhana Bulan Dan Matahari Dalam Bulan Ramadhan



Sabda Nabi Muhammad S.A.W " Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut-turut dua gerhana pada bulan Ramadhan". Gerhana bulan atau matahari bukanlah satu perkara yang pelik, tetapi jika ia berlaku pada bulan Ramadhan secara berturut-turut, ia adalah suatu yang pelik.

Pada tahun 1982, gerhana bulan dan matahari berlaku berturut-turut dalam bulan Ramadhan selama dua tahun berturut-turut.

Pada tahun 1981 bersamaan 1401 Hijrah, gerhana bulan telah berlaku pada 15 Ramadhan dan diikuti oleh gerhana matahari pada 29 Ramadhan. Kemudian pada tahun 1982 bersamaan 1402 Hijrah pula, gerhana bulan telah berlaku pada 14 Ramadhan dan diikuti pula oleh gerhana matahari pada 29 Ramadhan. Ia bersamaan degan 6 Julai 1982 dan 20 Julai 1982.

Sunday, October 18, 2009

Majlis Hari Raya Pas Kawasan

Majlis ini telah diadakan di Markaz Pas Bukit Naga. Ia bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Ramai tetamu hadir. Mereka terdiri daripada ajk DMPK Kota Raja,kelab Penyokong Pas, penduduk setempat dan lain-lain. Dr Mariah bt Mahmud juga turut hadir dalam majlis tersebut.

Saturday, October 17, 2009

Kiamat Semakin Hampir

Tanpa kita sedari, semakin banyak tanda-tanda kiamat yang sudah jelas berlaku di depan mata. Hakikatnya, semua tanda ini telah pun diberitahu oleh Nabi kita sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 59 maknanya "Dan Kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran". Ya! amaran kepada kita semua agar menjadi hamba Allah yang sejati.

BERLAKUNYA PERTUMPAHAN DARAH DI KAABAH

Sabda Nabi mengenai tanda kiamat " Orang akan pergi menunaikan haji tanpa mengikut Imam, apabila sampai di Mina, puak-puak akan berbunuhan sesama sendiri bagaikan anjing. Dan akan berlaku peperangan besar-besaran, sehingga tiap kaki akan tenggelam dalam tasik darah...."

Pada tanggal 20 November 1979, ketika musim haji, telah berlaku serangan ke atas kaabah.500 orang militan fanatik telah menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram. Kumpulan itu diketuai oleh Juhaiman bin Muhammad bin Saif Al-Hutaibi yang mahu umat Islam mengaku bahawa abang iparnya Muhammad bin Abdullah Al-Qahtani sebagai Imam Mahdi.

Kumpulan itu berjaya menawan Masjidil Haram. Pasukan tentera khas Arab Saudi cuba memecah pintu masjid dengan menggunakan berbagai cara seperti menggunakan kereta kebal tetapi tidak berjaya. Akhirnya Menteri Pertahanan terpaksa meminta bantuan tentera Pakistan. Jeneral Zia Ul-Haq mengarahkan tenteranya memberi bantuan sehingga berjaya memasuki masjid dan menawannya semula.

Sebaik memasuki kawasan masjid, terdapat banyak mayat yang bergelimpangan. Kumpulan militan cuba melarikan diri melalui terowong air di bawah masjid tetapi terowong itu telah diisi air sehingga penuh. Akhirnya mereka menyerah diri.

Dalam pertempuran selama 2 minggu itu, seramai 255 jemaah haji dan militan telah terbunuh, manakala 560 orang telah cedera. Di pihak tentera Saudi pula seramai 127 telah terbunuh dan 451 orang cedera.

Pada tahun 1407 Hijrah pula sekali lagi telah berlaku pertumpahan darah yang mengakibatkan 402 nyawa terkorban. Hadis Nabi menyatakan " Tunggulah berlakunya peperangan pada bulan Syawal, Penyembelihan sesama Islam pada bulan Zulhijjah, Jemaah akan terkorban pada bulan Zulhijjah. Darah akan tumpah dan yang suci akan tercemar. Akan berlaku dosa-dosa besar berhampiran Kaabah..."

Tuesday, October 13, 2009

OH MUSLIMAH!!

MUSLIMAH YANG DIRINDUI………
Adalah perempuan yang dimata dan
wajahnya….
terpancar sinar Nur Ilahi…
Lidahnya basah dengan zikrullah…
Di sudut hati kecilnya…..
Sentiasa membesarkan Allah….

MUSLIMAH YANG DICINTAI…
Yang menutup auratnya….
Dari pandangan mata ajnabi…
Kehormatan dirinya menjadi mahal
nilainya….
Di sanjung tinggi……
Penduduk langit dan bumi….

MUSLIMAH YANG DIIMPIKAN…
Adalah yang mendekatkan…
Hatinya yang telah jauh…
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim…
Di saat orang lain dilamar kebendaan….

MUSLIMAH YANG DIKASIHI…
Yang bersyukur dengan apa yang ada…
Yang bersabar pada yang tiada….
Cinta pada hidup yang sederhana….
Yang tidak bermata benda…..

MUSLIMAH YANG DISUKAI…
Menjadi dian pada dirinya sendiri….
Menjadi pelita untuk putera-puterinya….
Yang bakal dilahirkan……
untuk menyambung perjuangannya di
belakang hari….


Saturday, October 3, 2009

AJK DMPK KR Turun ke Bagan Pinang

Hari ini adalah hari penamaan calon di Bagan Pinang. Sah! PAS ( Pakatan Rakyat) bertanding satu lawan satu dengan UMNO ( Barisan Nasional ). Pilihanraya ini dijangka paling hangat kerana kerana majoriti UMNO yang melebihi 2000 pada pilihanraya yang lalu memberi tamparan kepada seluruh jentera pakatan untuk bekerja lebih keras. Kemenangan dalam pilihanraya kecil sebelum ini iaitu 7 berbalas 1, memberi keyakinan dan semangat yang tinggi kepada Pakatan Rakyat agar dapat mengekalkan kemenangan seterusnya. Allahu Ma'ana. Semoga janji Allah, kebenaran akhirnya pasti akan terserlah. Pejuang yang tulus ikhlas kerana-Nya pasti akan dibantu. Amin......

Sehubungan dengan itu, AJK DMPK Kota Raja akan turun ke Bagan Pinang esok hari ( 4 Oktober 2009 ) bersama muslimat yang lain untuk membantu kempen Pakatan Rakyat di sana. Semoga bantuan yang sedikit ini dapat membantu ke arah kemenangan 8 berbalas 1.

Friday, October 2, 2009

Jom Pi Kuliah Bulanan Buku "La Tahzan"


Kuliah bulanan ini diadakan di Surau An-Naim Taman Sri Andalas pada hari Jumaat pertama setiap bulan. Kuliah ini disampaikan oleh Ustazah Asiah bt Ali. Beliau adalah ahli jawatankuasa Tarbiah Dewan Muslimat PAS Pusat.
Pada petang tadi, kuliah ini telah dapat dijalankan untuk bulan yang ketiga. Puluhan muslimat telah dapat menghadirkan diri mengikuti majlis ini. Kupasan buku La Tahzan telah dibentangkan dengan cara yang menarik. Majlis ini berakhir pada jam 4.05 petang.

Thursday, October 1, 2009

Ziarah Menziarahi Amalan Mulia




Pihak DMPK memohon kemaafan kerana sudah lama tidak dapat memperbaharui tulisan dalam blog kami ini. Insya Allah selepas ini kami akan berbincang untuk mengenal pasti pelapis yang dapat membantu kami...
Sempena bulan Syawal ini, kami semua memohon kemaafan kepada semua jentera perjuangan sama ada muslimin atau muslimat, ahli jawatan kuasa semua Dewan sampailah kepada ahli dan penyokong yang turut sama ingin melihat Islam tertegak di muka bumi Malaysia ini.
Kami AJK Muslimat juga telah memulakan ziarah ke rumah ajk bermula semalam iaitu ke Putra Height. Dan kami akan meneruskan ziarah ini pada waktu mendatang. Insya Allah.