Tanpa kita sedari, semakin banyak tanda-tanda kiamat yang sudah jelas berlaku di depan mata. Hakikatnya, semua tanda ini telah pun diberitahu oleh Nabi kita sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 59 maknanya "Dan Kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran". Ya! amaran kepada kita semua agar menjadi hamba Allah yang sejati.
BERLAKUNYA PERTUMPAHAN DARAH DI KAABAH
Sabda Nabi mengenai tanda kiamat " Orang akan pergi menunaikan haji tanpa mengikut Imam, apabila sampai di Mina, puak-puak akan berbunuhan sesama sendiri bagaikan anjing. Dan akan berlaku peperangan besar-besaran, sehingga tiap kaki akan tenggelam dalam tasik darah...."
Pada tanggal 20 November 1979, ketika musim haji, telah berlaku serangan ke atas kaabah.500 orang militan fanatik telah menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram. Kumpulan itu diketuai oleh Juhaiman bin Muhammad bin Saif Al-Hutaibi yang mahu umat Islam mengaku bahawa abang iparnya Muhammad bin Abdullah Al-Qahtani sebagai Imam Mahdi.
Kumpulan itu berjaya menawan Masjidil Haram. Pasukan tentera khas Arab Saudi cuba memecah pintu masjid dengan menggunakan berbagai cara seperti menggunakan kereta kebal tetapi tidak berjaya. Akhirnya Menteri Pertahanan terpaksa meminta bantuan tentera Pakistan. Jeneral Zia Ul-Haq mengarahkan tenteranya memberi bantuan sehingga berjaya memasuki masjid dan menawannya semula.
Sebaik memasuki kawasan masjid, terdapat banyak mayat yang bergelimpangan. Kumpulan militan cuba melarikan diri melalui terowong air di bawah masjid tetapi terowong itu telah diisi air sehingga penuh. Akhirnya mereka menyerah diri.
Dalam pertempuran selama 2 minggu itu, seramai 255 jemaah haji dan militan telah terbunuh, manakala 560 orang telah cedera. Di pihak tentera Saudi pula seramai 127 telah terbunuh dan 451 orang cedera.
Pada tahun 1407 Hijrah pula sekali lagi telah berlaku pertumpahan darah yang mengakibatkan 402 nyawa terkorban. Hadis Nabi menyatakan " Tunggulah berlakunya peperangan pada bulan Syawal, Penyembelihan sesama Islam pada bulan Zulhijjah, Jemaah akan terkorban pada bulan Zulhijjah. Darah akan tumpah dan yang suci akan tercemar. Akan berlaku dosa-dosa besar berhampiran Kaabah..."
No comments:
Post a Comment