Tuesday, August 24, 2010

Kehidupan Kita

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu

permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka.... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

Monday, August 9, 2010

Kemeriahan Hi-Tea Skuad Wanita Parlimen Kota Raja

Ucapan Perasmian Oleh Puan Sri Salbiah Isteri kepada Menteri Besar Selangor

Skuad Wanita Parlimen Kota Raja telah berjaya mengadakan Hi-Tea "Kasihmu Kujulang Budimu Kukenang" bagi meraikan ibu bapa sekitar Parlimen Kota Raja di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Salbiah Binti Tunut isteri Menteri Besar Selangor dan juga Yang Di Pertua PEKAWANIS.


Tenaga Penggerak Program bersama YB Dr Siti Mariah Mahmud

Idea asal program ini di cetuskan sendiri oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja pada awal tahun ini iaitu rentetan kejayaan Skuad ini meraikan Para Ibu pada tahun lalu. Menurut Pengarah Program Puan Rosnah Abdul Wahab dan juga Ketua Muslimat PAS Kota Raja, tujuan program ini menghargai jasa baik kedua ibu bapa sempena hari ibu bapa sedunia. Program ini gabungan tiga jentera utama Pakatan Rakyat iaitu Dewan Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan Wanita DAP Kota Raja. Selain itu beliau ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa ketiga-tiga parti utama ini mampu berganding bahu untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat khususnya di Parlimen Kota Raja.Kehadiran ibu bapa ke majlis ini mencecah seramai 500 orang.


Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama Karangkraf, Parkson, Gardenia dan individu-individu perseorangan yang menjayakan majlis pada kali ini. Turut hadir ke majlis ini Dato Ahmad Jais yang menghiburkan tetamu yang hadir disamping persembahan tiga budaya Melayu, Cina dan India.

Monday, August 2, 2010

Tamrin DMPK

Kota Raja: Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Kota Raja telah berjaya mengadakan tamrin pada 30-31b Julai yang lalu. Program 2 hari 1 malam ini sarat dengan pengisian yang cukup berguna kepada muslimat khususnya mempertahankan kemenangan yang ada.

Antara pembentang kertas kerja yang hadir ialah Ustaz Ridhuan Mohd Nor Exco Pemuda PAS Pusat yang bertajuk "Sirah Perjuangan Zainab Al-Ghazali", Puan Hajah Wan Hasrina Binti Wan Hassan Ketua Muslimat Negeri  bertajuk "Tanggungjawab, Komitmen dan Pengorbanan dalam gerak kerja" dan Pn Noraini Hussin Timbalan Muslimat Negeri bertajuk "Akhlak Seorang Pemimpin".

Kehadiran peserta cukup menggalakkan kerana rata-rata setiap cawangan menghantar peserta masing-masing. Peserta yang mencecah 50 orang memenuhi ruang dewan tamrin kali ini. Antara pesanan Ketua Muslimat Negeri, tamrin perlu diadakan 4 kali dalam setahun. Selain indoor, pihak kawasan perlu juga mengadakan secara outdoor bagi merasai kelainan dalam tamrin.

Pihak Lajnah Tarbiyah bergitu berbangga pada kali ini kerana rata-rata ramai muka baru yang hadir ke program kawasan kali ini. DMPK perlu terus mempergiatkan usaha ziarah ke setiap cawangan serta menziarahi rakan-rakan lain supaya usaha murni ini dapat merapatkan ukhuwah yang terjalin.