Monday, August 9, 2010

Kemeriahan Hi-Tea Skuad Wanita Parlimen Kota Raja

Ucapan Perasmian Oleh Puan Sri Salbiah Isteri kepada Menteri Besar Selangor

Skuad Wanita Parlimen Kota Raja telah berjaya mengadakan Hi-Tea "Kasihmu Kujulang Budimu Kukenang" bagi meraikan ibu bapa sekitar Parlimen Kota Raja di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Salbiah Binti Tunut isteri Menteri Besar Selangor dan juga Yang Di Pertua PEKAWANIS.


Tenaga Penggerak Program bersama YB Dr Siti Mariah Mahmud

Idea asal program ini di cetuskan sendiri oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja pada awal tahun ini iaitu rentetan kejayaan Skuad ini meraikan Para Ibu pada tahun lalu. Menurut Pengarah Program Puan Rosnah Abdul Wahab dan juga Ketua Muslimat PAS Kota Raja, tujuan program ini menghargai jasa baik kedua ibu bapa sempena hari ibu bapa sedunia. Program ini gabungan tiga jentera utama Pakatan Rakyat iaitu Dewan Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan Wanita DAP Kota Raja. Selain itu beliau ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa ketiga-tiga parti utama ini mampu berganding bahu untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat khususnya di Parlimen Kota Raja.Kehadiran ibu bapa ke majlis ini mencecah seramai 500 orang.


Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama Karangkraf, Parkson, Gardenia dan individu-individu perseorangan yang menjayakan majlis pada kali ini. Turut hadir ke majlis ini Dato Ahmad Jais yang menghiburkan tetamu yang hadir disamping persembahan tiga budaya Melayu, Cina dan India.

No comments:

Post a Comment