Sunday, November 22, 2009

Program Forum Penerangan " Muslimat Dalam Perjuangan"

Satu majlis yang amat bermakna buat DMPK Kota Raja telah berjaya dijalankan dalam suasana yang cukup meriah pada 22 November 2009 jam 8 pagi hingga 1 tengah hari. Majlis forum ini telah diadakan di auditorium MPK dan dihadiri oleh lebih kurang 100 orang muslimat dari seluruh Kota Raja dan beberapa pemerhati daripada Kawasan dan Pemuda.

Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan daripada ketua DMPK Kota Raja iaitu Puan Rosnah Abd Wahab, diikuti YB Dr Mariah bt Mahmud. Seterusnya barulah majlis forum dimulakan.

Forum Penerangan ini telah di pengerusikan oleh Puan Halimah bt Muhabah. ahli Panel Pertama ialah Ustazah Nuridah bt Salleh Ketua DMPP dan ahli Panel kedua ialah Saudari Aiman Athirah bt Mohd Hamdan atau lebih dikenali sebagai Aiman Athirah Al-Jundi.

Antara isi forum ialah mengenai perjuangan muslimat memerlukan 4 persediaan iaitu persediaan mental (makanannya ialah ilmu, ia perlu dicari sentiasa dan ditambah secara berterusan ), emosi ( makanannya ialah kasih sayang, ia perlu dipupuk berlandaskan islam ), spiritual ( makanannya ialah ibadah yang betul dan berterusan serta ditingkatkan ) dan fizikal
( makanannya ialah makanan zahir yang mesti diperolehi secara halal lagi baik ).

Golongan yang berjaya diakhirat hanya ada 4 golongan sahaja iaitu Nabiyyin, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Yang mana satukah letaknya diri kita. Yang kedua, ketiga atau keempat. Fikir dan praktikalkanlah.

Diakhir forum Ustazah Nuridah dan Saudari Aiman Athirah menjelaskan tip-tips yang perlu dilakukan oleh muslimat yang menceburkan diri dalam jamaah. Para isteri mesti bijak membahagi masa untuk keluarga, kerjaya dan jamaah. Untuk itu, muslimat mesti cergas dan berstrategi dalam menyusun atur rumahtangga, mendidik ahli keluarga dan memastikan seluruhnya berada dalam keadaan yang terbaik demi Islam yang kita sayangi.

No comments:

Post a Comment