Monday, March 29, 2010

Sepetang Bersama Muslimat

28/3/2010, Seksyen 28: Dewan Muslimat telah berjaya mengadakan HiTea "Seikhlas Senyuman Setulus Perjuangan" dengan jayanya. Majlis pada kali ini telah dihadiri oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja, YB Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda, Cikgu Jaafar YDP PAS Kota Raja, En Norhalim TYDP dan NYDP Hj Tarmizi. Program yang berkonsep santai telah dihadiri seramai hampir 200 tetamu memenuhi ruangan dewan bagi bersama-sama mendengar pengisian yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Ahmad Dasuki. Turut hadir bersama dalam program ini rakan-rakan dari Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS. Antara isi kandungan yang sangat berharga kepada tetamu yang hadir ialah 8 Cabaran bagi Umat Islam yang dinyatakan dalam Al Quran bagi memartabatkan agama Allah dimuka bumi ini iaitu :

1) Ibubapa
2) Anak-anak
3) Adik beradik
4) Pasangan Hidup
5) Jiran tetangga
6) Harta Benda
7) Perniagaan
8) Rumahtangga

Ucapan YB Dr Siti Mariah Mahmud

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Muslimat

Antara tetamu yang hadir

Meja VVIP






No comments:

Post a Comment