Thursday, October 18, 2012

BELANJA AES : KENAPA BEZA HAMPIR RM404 JUTA

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam memaklumkan anggaran sebanyak RM717 juta dilaburkan kepada dua syarikat pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Kementerian Pengangkutan Jalan melalui jawapan bertulis menjelaskan jumlah itu telah dibelanjakan bagi pelaburan kedua-dua syarikat iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. Ianya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) yang meminta meminta Kementerian Pengangkutan Jalan menyatakan berapakah jumlah pelaburan dua syarikat tersebut untuk pemasangan kamera AES. ATES Sdn Bhd telah menggunakan sistem Jenoptik Robot manakala Beta Tegap Sdn Bhd pula menggunakan teknologi Redplex Traffic System bagi pelaksanaan AES tersebut. Bagaimanapun jumlah pelaburan itu dilihat bercanggah dengan maklumat yang terdapat pada laman web kedua-dua syarikat tersebut. Menurut Penasihat Undang-undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff, maklumat yang diperolehi mendapati RedFlex dr Australia mendapat kontrak bernilai lebih RM151 juta untuk bekalkan kamera kepada Beta Tegap Sdn Bhd. Jenoptik Robot dari Jerman pula mendapat kontrak bernilai lebih RM160 juta untuk bekalkan kamera kepada ATES Sdn Bhd. “Nilai kedua-duanya RM312 juta sahaja tetapi Kerajaan umumkan jumlah pelaburan dua syarikat pengendali AES ialah bernilai anggaran RM717 juta, bezahampir RM404 juta. “Kenapa ini berlaku dan kita berharap kerajaan dapat memberikan penjelasannya kerana kita tidak mahu wang rakyat dibelanjakan begitu sahaja sedangkan penjimatan boleh dilakukan,” kata beliau. KASE juga turut mendesak agar kerajaan menyatakan secara terperinci jumlah kontrak yang diperolehi oleh ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment