Friday, October 19, 2012

BERBILION RM HILANG ATAU DIPADAM BEGITU SAHAJA

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian "berbilion ringgit" yang didakwa "hilang atau dipadamkan begitu sahaja" daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011. "Laporan audit negara kita sudah teliti, dan kita akan adakan penjelasan menyeluruh di seluruh negara kerana berbillion ringgit yang hilang (atau) yang dipadamkan begitu sahaja. "Projek yang berkesan untuk rakyat termasuk rumah guru dan tentera yang tergendala turut diberikan kemaafan sebegitu rupa dan beberapa bukti yang lain," katanya. Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen petang ini.Laporan audit berkenaan dibentangkan di parlimen semalam – dua minggu selepas pembentangan belanjawan 2013. Kelewatan itu sekali lagi menerima kritikan keras daripada pemimpin Pakatan memandangkan tindakan sama dilakukan tahun lalu. Sedangkan, laporan berkenaan dibentangkan bersama dengan belanjawan seperti amalan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment